nuffangs

07 April 2011

UiTM SeGaMaT ( Nilamians ) DiHaTiKu...




Terlalu banyak memori indah di UiTM Segamat untuk dikongsi bersama dengan kengkawan dalam blog ni...cuma ada sedikit memori silam yang dapat aku imbas bersama U all sepanjang berada di sana tempoh hari..
Kebetulan adik ku yang bongsu melanjutkan pelajaran di sana ( Dip. in Computer Science - Part 2)... kami sekeluarga dua buah kereta pakat ramai-ramai ziarah sambil makan hangin di sana... sepanjang 9 tahun meninggalkan UiTM, banyak jugalah yang berubah... banyak bangunan baru didirikan dan warung makan pun makin bertambah...
Student sana bila nak 'outing' takde dah nak pakai 'kad outing' yang bercolour-colour tuu... main keluar masuk je... seluar jeans pun bersepah-sepah yang pakai... baju ketat atas punggung pun pak guard tak tengok der... Peraturan kat sana dah bebas... tak macam zaman kita dulu-dulu... tambang van ke bandar Segamat dah naik harga ke RM 2... dulu singgit jer... anytime anywhere boleh keluar masuk... pak guard pun tak 'spot check' teruk macam dulu dah...

( Gambar Kolej Nilam dari sudut Kolej Mutiara )

Adik aku stay kat Kolej Mutiara...dekatlah dengan Kolej Nilam... sayu je tengok kolej aku tu... dah tak berpenghuni lagi... tengah renovate... dari kolej adik aku tu boleh nampak tingkat 1 kolej Nilam tu... terbayang-bayang kak Eim nyanyi sambil sidai kain tepi toilet tuu... kak Mus lak berlari-lari kat wing Gemilang... kak Zue guna 'speaker high volumenya' nak ajak 'adik-adik' pegi DM ( Dewan Makan ).... semuanya indah masa dulu...

( gambar depan pintu masuk kolej Nilam )

Aku pun mula la jenjalan dalam kampus dengan suami.. lalu kat depan Kolej Nilam... tak boleh nak masuk dekat sebab barang binaan bersepah-sepah kat sana... so aku ambil gambar dari luar je laa.. tarikh mula renovate bulan Julai 2009.. tarikh siap patutnya Disember 2009... tapi ni dah 2011 pun belum siap-siap gak... dengar cerita dah masuk 2 kontraktor nak siapkan kolej ni... adelah tu masalah yang tak dapat dielakkan...

( Korang nampak tak bilik N125 ??? )

Bila tengok je gambar ni..teringat lak masa aku, Dilla dan Kak Zue bersila atas meja sambil main belon buih kat tepi tingkap...banyak betul bubble...cantik sangat view masa tuu...anak2 RS lompat-lompat kat bawah nak tangkap buih tuu...hehehe...best...
Bila time sambutan Aidilfitri kolej je...mesti wing Gemilang yang menang....ade pelita buluh...ade pintu gerbang..ade lampu lip lap lip lap....ade ketupat... mesti la menang punyer...ramai la yang tak tidur malam nak pastikan wing berseri-seri...bukan senang tau nak kekalkan reputasi nih...

( Dewan Makan - DM )

Dewan Makan ni pun dah tak berpenghuni...sunyi....sekarang dah takde subsidi makan macam dulu dah...semua kena makan sendiri-sendiri...zaman dulu aku bertuah sebab makan ditanggung...teringat kat ikan jaket (cencaru)...hehehe...bila lauk ikan atau ayam je, ramai la yang turun DM...siap boleh Ta Pau lagi...mewah dengan makanan...tapi student sekarang tak macam dulu...kena ikat perut laa...hanya mereka yang layak je dapat biasiswa makan...nasib baik adik aku dapat biasiswa...dapat la dia kurangkan kos RM 2 sehari...kesian...kesian...



( Benteng Perempuan )

Haaa...siapa yang selalu 'kebulur' tu memang kenal sangat la dengan Benteng nih...Benteng Kak Long la yang famous masa tuu...air sirap laici...pisang goreng cicah kicap...kuey teow kungfu...perrghh...first class!! Time bulan puasa...FULL !! Tapi kak Long dah tak berniaga kat situ...adik aku cakap Ibu dan Kak Long buka Restoran kat bandar Segamat...


( Pusat Islam -PI )

Lalu depan Pusat Islam (PI) tempat aku dan kengkawan menginsafkan diri...hehe...tak banyak yang berubah pun masjid ni...suasana masih macam dulu...cuma tempat parking semakin luas...bila tengok je PI ni terus teringat kat RAHMAN...hehehe...dalam ramai-ramai bilal, suara dia la yang paling merdu...hehe...saper tuu eekkk...???

Huhuhuhu.....rindu giler kat semua kengkawan...kat kakak2 senior....warga Wing Gemilang....dah 9 tahun rupanya masa berlalu....Aku harap sesiapa yang berkongsi kenangan sama seperti aku akan berasa happy dapat tengok gambar-gambar yang sempat aku ambil sepanjang berada di sana....Korang semua pun ada banyak kenangan manis kannn???


MISS ALL OF U SO MUCH !!!



05 April 2011

MASUK SYURGA KERANA ADA ANAK PEREMPUAN?

My lovely daughter (Raudhah)


  Setiap pasangan yang telah berkahwin pasti inginkan anak sebagai penyeri rumah tangga mereka...Ada pasangan yang inginkan anak lelaki dan ada yang mahukan anak perempuan...Sama ada anak lelaki ataupun anak perempuan, masing-masing ada keistimewaan tersendiri...

  Kali ni saya akan kongsi info mengenai anak perempuan...Menjaga anak perempuan tidaklah susah...mereka tidak lasak seperti anak lelaki..mudah dikawal...cuma mereka suka bermanja...gemar berceloteh dan lebih sensitif berbanding anak lelaki...

  Ketika masih kecil, anak perempuan tidak perlukan penjagaan yang sangat rapi...ibu bapa cuma perlu menyemai kasih-sayang dan membuat mereka sentiasa gembira...namun apabila mereka meningkat ke alam remaja...penjagaan rapi amat perlu diberi perhatian kerana pada ketika inilah cabaran demi cabaran akan ditempuhi oleh setiap ibu bapa...Peranan ibu bapa amat besar untuk menjaga batas pergaulan mereka, menjaga aurat mereka dan memberi didikan agama dengan sempurna. Ibu bapa perlu menjadi 'bestfriend' kepada mereka supaya kita dapat berkongsi setiap perjalanan hidup mereka di alam remaja...

 Apabila anak perempuan kita sudah dewasa dan bersedia untuk berumah tangga, ibu bapa lah yang bertanggung-jawab untuk mengahwini mereka...kahwinilah mereka dengan suami yang baik, mempunyai didikan agama dan dapat menjaganya dengan sempurna apabila kita tiada nanti...


My Nur Raudhah Batrisyia

  Berikut petikan dari buku "Panduan Mendidik Anak Perempuan" terbitan Jasmin Enterprise :

  Jabir r.a meriwayatkan katanya : Aku mendengar Rasulullah bersabda:

"Sesiapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan lalu mendidik mereka, mengasihani mereka, memelihara mereka dan menikahkannya wajib baginya syurga sama sekali. "

Ditanya: Wahai Rasulullah, jika dia mempunyai dua orang anak perempuan?

Sabdanya: "Sekalipun dua orang anak perempuan."

Katanya: Maka sebahagian kaum memandang bahawa sekiranya mereka mengatakan seorang? Nescaya Baginda bersabda: Sekalipun seorang.

BETAPA BESAR DAN AGUNG PAHALA ORANG YANG MEMELIHARA ANAK-ANAK PEREMPUAN DENGAN SEBAIK-BAIKNYA !!


28 March 2011

TIPS MENGELAK PENIAGA ONLINE PENIPU

   PERNIAGAAN ONLINE secara kecil-kecilan begitu susah dipercayai sejak dulu lagi termasuklah di negara kita ni sendiri yang masih dianggap BARU dalam perniagaan online. Sedangkan kaedah perniagaan seperti ini bagitu popular di US, EROPAH, dan juga negara-negara maju...Ianya mudah dan menjimatkan masa kepada mereka yang tahu cara membeli melalui online..
   Namun baru-baru ini Syud adelah terlihat di FACEBOOK ada group 'KAMI BENCI ONLINE SHOP YANG TIPU DAN MAKAN DUIT HARAM' yang mempunyai ahli seramai 12 RIBU LEBIH...agak ramai dan ia menakutkan bagi peniaga online seperti Syud ni..ye lah..takut terjejas pulak bisnes ni nanti..lalu syud pun baca satu persatu komen ahli group tersebut untuk tau kenapa diorang benci sangat dengan bisnes online ni...
    Ramai antara mereka tidak berpuas hati dengan peniaga online yang menipu mereka...mereka telah membuat bayaran tapi barang yang dipesan tak sampai...ade yang dapat barang tak sama dengan yang dipesan...dapat barang tiruan...macam-macam lagi luahan tidak puas hati yang ada..siap letak nama bisnes dan gambar peniaga PENIPU untuk mengelak orang lain menerima nasib yang sama..
   Memang tak dinafikan ada peniaga online yang mendapatkan keuntungan dengan cara menipu sebegini..kerana PENIPU inilah juga peniaga online yang berniaga secara jujur dan telus mendapat tempiasnya...Syud setuju gak bila mereka mewujudkan group facebook seperti ini kerana orang ramai boleh mendapatkan pelbagai maklumat mengenai perniagaan online ni..ade jugak yang belajar cara-cara dan kaedah untuk membuat pembelian online yang betul... 
   Sebagai seorang peniaga, Syud suka berkongsi tips dan maklumat dengan mereka yang ingin membuat pembelian secara online ni...
  • PENIAGA DIPERCAYAI - selidik dulu maklumat mengenai bisnes dan latar belakang peniaga online tersebut seperti nama, no. telefon dan maklumat lain..Peniaga online yang jujur selalunya akan memberi maklumat dan profil mereka untuk dilihat pelanggan..dan mendapat kepercayaan pembeli.
  • TENTUKAN SENARAI NAMA PEMBELI - peniaga online yang bagus biasanya membuat senarai nama pembeli yang pernah membuat pembelian dengannya. Semakin ramai pembeli, semakin selamat untuk kita membuat pembelian kerana ini menunjukkan peniaga tersebut diyakini dan dipercayai ramai..Tapi Syud ni peniaga online part time je..so tak berapa ramai la customer online...hehe..nak letak senarai nama customer kedai syud boley tak ???
  • KENAL PASTI BARANG YANG INGIN DIBELI - sebelum setuju untuk membeli, ketahui ciri-ciri barang yang ingin dibeli..baca dengan teliti maklumat yang diberi pada produk yang dijual..jika ada kemusykilan, jangan segan untuk bertanya...tanyalah melalui e-mail, SMS, atau mesej di Facebook peniaga tersebut.
  • JANGAN TERBURU-BURU MEMBUAT PEMBELIAN - bandingkan harga yang dijual dengan peniaga online yang lain untuk dapatkan harga yang terbaik sebelum membeli...semasa pembayaran, pastikan maklumat pembayaran dibuat dengan betul..tentukan nama peniaga, bank apa..no. akaun peniaga..tarikh dan masa pembayaran, cara barangan dihantar (POSLAJU..KURIER..BY HAND..) dan jumlah duit yang dibayar...bagi tau pada peniaga yang anda sudah membuat pembayaran..dan yang penting sekali, pastikan anda ada SALINAN pembayaran..misalnya 'slip bank in' perlu disimpan hinggalah barang sampai.
SYUD HARAP INFO DI ATAS DAPAT MEMBERI MANFAAT PADA SEMUA..BUKAN SEMUA PENIAGA ONLINE NI PENIPU, TAPI BERHATI-HATI ITU BAGUS UNTUK KITA...